DIPLOMA TEKNOLOGI BANGUNAN
DIPLOMA TEKNOLOGI BANGUNAN / DIPLOMA IN BUILDING TECHNOLOGY
-
Kursus ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang Awam ( Binaan Bangunan)
-
Pelatih berpeluang melakukan latihan amali dalam bidang binaan bangunan secara individu atau berkumpulan dengan bimbingan pengajar yang terlatih dan berpengalaman luas dalam bidang bangunan. Pembelajaran dan latihan amali meliputi kerja-kerja konkrit, bata, acuan, tetulang, kekemasan, pembinaan sistem peparitan dan pembentungan, kerja-kerja ukur dan ujian bahan binaan disamping teori yang berkaitan.
-
Pengetahuan dan latihan yang dipelajari adalah meliputi :
- Subjek Umum
Sains Kejuruteraan, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Kemahiran Komputer, Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Malaysia, Matematik dan Latihan Industri - Subjek Teknikal
- Mengenal dan memahami bahan binaan yang digunakan dalam sektor pembinaan
- Berkebolehan menyediakan dan membuat kerja-kerja konkrit, kekemasan, pembinaan, sistem peparitan dan pembentungan yang baik dengan mematuhi peraturan kerja dan melakukan kerja-kerja penyeliaan di tapak
- Memberi kefahaman dan kemahiran praktikal kepada pelatih mengenai konsep asas, teknik- teknik dan pengendalian kerja-kerja ukur binaan bangunan
- Memberi kefahaman mengenai teori struktur dan perincian untuk lukisan civil dan struktur serta pengenalan rekabentuk konkrit bertetulang iaitu rekabentuk rasuk , tiang, asas, papak dan tangga
- Memahami pelbagai kemudahan bangunan, prosedur kontrak dan taksiran serta pengurusan projek dan akta keselamatan di tempat kerja
- Subjek Umum
3 Tahun
Pengiktirafan Program :
- Pengiktirafan Program adalah dari Jabatan Perkhidmatan Awam.
Keperluan Asas
- Bumiputera
- Berumur di antara 18 hingga 25 tahun
Keperluan SPM
- SPM / SPMV dengan KEPUJIAN dalam subjek berikut :
- Bahasa Melayu
- Matematik atau Matematik Tambahan
- KEPUJIAN dalam mana-mana satu (1) Subjek dalam kumpulan Sains / Teknologi / Vokasional
- Lulus Bahasa Inggeris
|
|
||
|
|
||
|
|
||
|
|
||
|
|
Bookmark Page
















