DIPLOMA KEJURUTERAAN TEKNOLOGI ELEKTRIK KUASA


DIPLOMA KEJURUTERAAN TEKNOLOGI ELEKTRIK KUASA /
DIPLOMA IN ELECTRICAL ENGINEERING TECHNOLOGY 
  • Dijalankan secara usahasama antara MARA dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Pelajar yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Teknologi MARA dan Perakuan Kekompetenan sebagai Pendawai - Sekatan PW4 (Tiga Fasa Dengan Endorsan Pengujian). Kursus ini menawarkan pembelajaran & latihan yang berasaskan teori dan amali dalam bidang elektrik. Pengetahuan dan latihan yang dipelajari meliputi :

    • Sains kejuruteraan, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam / Pendidikan Moral, Kemahiran Komputer, Pengajian Malaysia, Matematik dan Latihan Industri

    • Memahami dan berupaya menghasilkan Lukisan Kejuruteraan Elektrik secara manual dan berbantu computer (AutoCAD)

    • Membuat kerja-kerja amali gegas dan pendawaian elektrik serta system pepasangan elektrik satu & tiga fasa

    • Pengenalan kepada litar-litar elektrik asas, penggunaan teorim untuk menganalisa litar-litar elektrik dan konsep ubahtika

    • Pengenalan prinsip operasi dan membaikpulih litar-litar elektrik samada litar analisis mahupun litar digital

    • Memberi kefahaman mengenai perjalanan, penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik, konsep pengubah dan penggunaan komersial motor elektrik

    • Berpengetahuan dalam akta dan peraturan bekalan elektrik

    • Membaikpulih kerosakan alat-alat kelengkapan elektrik seperti mesin basuh, seterika, pembakar roti, dapur elektrik, kipas angin dan sebagainya

    • Memahami dan berupaya melakukan kerja-kerja elektrik yang melibatkan papan suis utama, kabel bawah tanah dan talian atas

3 Tahun
Pengiktirafan Program :
Keperluan Asas
	  
  1. Bumiputera
  2. Berumur di antara 18 hingga 25 tahun

Keperluan SPM

  1. SPM / SPMV dengan KEPUJIAN dalam subjek berikut :
    • Bahasa Melayu
    • Matematik atau Matematik Tambahan
    • KEPUJIAN dalam mana-mana satu (1) Subjek dalam kumpulan Sains / Teknologi / Vokasional
  2. Lulus Bahasa Inggeris