PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN 2010

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PASIR MAS

[PENGENALAN] [PROSEDUR KEHADIRAN KE MAJLIS KONVOKESYEN] [TATACARA PAKAIAN GRADUAN] [JUBAH KONVOKESYEN] [PENGAMBILAN DIPLOMA] [PAS MASUK DEWAN] [STICKER MASUK KENDERAAN DAN TEMPAT LETAK KENDERAAN] [SESI BERGAMBAR] [PENDAFTARAN & RAPTAI] [PENGINAPAN] [SENARAI MUAT TURUN / DOWNLOAD] [PERTANYAAN] [SENARAI NAMA GRADUAN]


 

1.0 PENGENALAN
 
Para Graduan Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas. Dengan sukacitanya seluruh warga Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas mengucapkan tahniah atas kejayaan anda menamatkan pengajian anda di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas.  Bagi meraikan kejayaan anda, pihak Kolej berharap anda akan dapat meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Konvokesyen yang  akan diadakan di Dewan Besar Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas, Kelantan pada hari  Ahad, 14 Mac 2010.
2.0 PROSEDUR KEHADIRAN KE MAJLIS KONVOKESYEN
 

2.1  Graduan yang ingin HADIR dikehendaki :

  • Mengembalikan KAD JAWAPAN KEHADIRAN.
  • Bayaran sebanyak RM180.00 dalam bentuk Money Order yang disertakan atas nama ”PEKASA” dan di alamatkan kepada  KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA, PASIR MAS.
    • Pastikan maklumat graduan diisi dengan lengkap dalam slip tersebut.
    • BAYARAN INI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN ATAS APA JUA ALASAN.
    • Bayaran selain dari cara di atas tidak akan diterima.
  • Menghadiri raptai pada waktu yang ditetapkan.
  • Graduan yang tidak hadir untuk raptai ataupun datang lewat pada hari raptai TIDAK DIBENARKAN menyertai Majlis Konvokesyen ini.
  • Graduan dikehendaki menjelaskan semua yuran kursus yang tertunggak dan tidak tertakluk kepada graduan yang telah menjelaskan semasa di KKTM Pasir Mas.

2.2 Graduan yang TIDAK HADIR dikehendaki :

  • Mengembalikan KAD JAWAPAN TIDAK AKAN HADIR.
  • Bayaran untuk urusan persijilan dan pengurusan sebanyak RM50.00 dalam bentuk Money Order yang disertakan  atas nama ”PEKASA” dan di alamatkan kepada KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA, PASIR MAS.
    • Pastikan maklumat pelajar diisi dengan lengkap dalam slip tersebut.
    • BAYARAN INI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN ATAS APA JUA ALASAN.
    • Bayaran selain dari cara di atas tidak akan diterima.

KAD JAWAPAN HADIR / TIDAK HADIR hendaklah dikembalikan SEBELUM  28 FEBRUARI 2010.
Surat jawapan yang diterima selepas tarikh tersebut dianggap sebagai tidak hadir.

3.0 TATACARA PAKAIAN GRADUAN
  3.1 Graduan Lelaki :
  • Anda dimestikan memakai jubah konvokesyen yang disediakan oleh pihak KOLEJ.
  • Kemeja kosong tanpa corak berlengan panjang, bertali leher (kot digalakkan) dan berseluar slack hitam dan kasut kulit serta bersongkok hitam.
  • Anda MESTI berambut kemas dan pendek. Graduan yang berambut panjang dan diwarnakan TIDAK DIBENARKAN memasuki dewan konvokesyen. Pendaftaran konvokesyen dibatalkan dan wang tidak akan dikembalikan.

3.2 Graduan Perempuan :

  • Anda dimestikan memakai jubah konvokesyen yang disediakan oleh pihak KOLEJ.
  • Semua graduan perempuan DIWAJIBKAN memakai baju kurung dan bertudung dan memakai kasut yang bertutup.

NOTA:  Segala perlanggaran peraturan yang dinyatakan di atas, maka pendaftaran konvokesyen dibatalkan dan wang pendaftaran tersebut tidak akan dikembalikan.

4.0 JUBAH KONVOKESYEN
  4.1 Raptai dan Penyerahan Jubah Konvokesyen
TARIKH MASA ATURCARA TEMPAT
13 MAC 2010
(SABTU)
9.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI Pendaftaran Graduan dan
Mengambil Jubah
Dewan Besar Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas
RAPTAI 3.00 PTG - 5.00 PTG Taklimat dan Upacara Raptai. Dewan Besar Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas

4.2 Aturcara Majlis Konvokesyen
TARIKH MASA ATURCARA TEMPAT
14 MAC 2010
(AHAD)
8.00 PAGI - 8.30 PAGI Ketibaan Ibubapa
Perbarisan Graduan Mengikut Fakulti
Dewan Besar Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas
8.00 PAGI - 2.00 PETANG Majlis Konvokesyen Dewan Besar Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas
Pengagihan Makanan Kafetaria

Penyerahan Jubah

dan

Mengambil Sijil Diploma

Kaunter Persijilan
  • Kegagalan memulangkan jubah menyebabkan diploma ditahan oleh Unit Peperiksaan.
  • Sebarang kerosakan atau kehilangan akan dikenakan bayaran gantirugi iaitu bagi jubah sebanyak RM500.
5.0 PENGAMBILAN DIPLOMA
  5.1 Syarat-syarat Penyerahan Diploma
  • Menjelaskan segala hutang yang melibatkan Institusi ini dan Koperasi (jika ada).

5.2 Sebarang tuntutan Diploma selepas Hari Konvokesyen hendaklah dibuat di Unit Peperiksaan Kolej.  Sila hubungi 09-7916558 / 09-7917558
samb. 214 (En. Mohd Khairi Bin Ismail atau Pn. Lesa Suryantey Binti Jusoh).

6.0 PAS MASUK DEWAN
  6.1 Pas masuk dewan akan diberikan semasa graduan mengambil jubah.
6.2 Pas masuk ke dewan konvokesyen perlu dibawa pada hari konvokesyen.
6.3 Hanya Ibu / Bapa / Penjaga yang mempunyai pas masuk dewan sahaja DIBENARKAN memasuki dewan.
6.4 Para graduan dibenarkan membawa masuk 2 ORANG SAHAJA ke dalam dewan.
6.5 Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan memasuki dewan.
6.6 Kolej Kemahiran Tinggi MARA ada menyediakan jamuan kepada graduan dan waris.
7.0 STICKER MASUK KENDERAAN DAN TEMPAT LETAK KENDERAAN
  7.1 Graduan dan Ibu / Bapa / Penjaga hendaklah meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan yang disediakan.
7.2 Sila patuhi arahan tunjuk arah yang diberikan oleh petugas bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.
8.0 SESI BERGAMBAR
  8.1 Pihak Kolej menyediakan perkhidmatan fotografi semasa Majlis Konvokesyen berlangsung.
8.2 Bayaran untuk perkhidmatan ini diuruskan oleh pihak Kolej.
8.3 Jurugambar rasmi untuk majlis penyampaian diploma di dalam Dewan Besar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas disediakan. Setiap graduan akan mendapat satu set gambar yang dibekalkan oleh pihak Kolej.
8.4 Graduan dan Tetamu / Ibu Bapa tidak dibenarkan mengambil gambar semasa majlis sedang berlangsung.  Jurugambar rasmi akan disediakan oleh pihak Kolej.
8.5 ‘Studio Fotografi’ turut disediakan bagi mereka yang ingin mengabadikan kenangan dengan bergambar secara peribadi / bersama keluarga (perbelanjaan sendiri).
9.0 PENDAFTARAN & RAPTAI
 

9.1   Pendaftaran graduan dibuat sebelum raptai penuh dijalankan.
9.2  Selepas pendaftaran, para graduan diminta terus masuk ke Dewan Besar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas untuk taklimat raptai.
9.3  Tanpa pendaftaran graduan, tidak dibenarkan menyertai Majlis Konvokesyen.
9.4  Semua graduan WAJIB menghadiri raptai  untuk memastikan kelancaran Majlis Konvokesyen yang penuh dengan protokol yang mesti dipatuhi oleh setiap graduan.

10.0 PENGINAPAN
  Penginapan sepanjang konvokesyen adalah tanggungjawab masing-masing. Selain daripada itu, untuk kemudahan penginapan, Tuan / Puan juga boleh menghubungi tempat-tempat berhampiran seperti di Senarai Tempat Penginapan Berhampiran
   

SENARAI MUAT TURUN / DOWNLOAD


Buku Panduan Konvokesyen 2010
  -------------------------------------------------------------------------------------------
Kad Jawapan Kehadiran Konvokesyen 2010
  -------------------------------------------------------------------------------------------
Senarai Tempat Penginapan Berhampiran



SENARAI NAMA GRADUAN


Sesi Januari-Jun 2009
» Diploma Teknologi Elektrik Kuasa
» Diploma Teknologi Elektronik Industri
» Diploma Teknologi Senibina
» Diploma Teknologi Mekanikal Rekabentuk
» Diploma Teknologi Bangunan
 
Sesi Julai-Disember 2009
» Diploma Teknologi Elektrik Kuasa
» Diploma Teknologi Elektronik Industri
» Diploma Teknologi Senibina
» Diploma Teknologi Mekanikal Rekabentuk
» Diploma Teknologi Bangunan



URUSAN MELALUI SURAT / FAKS


» Pengarah,
Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas
Lubok Jong
17000 Pasir Mas
Kelantan ( u.p : Urusetia Jemputan Graduan )
  -------------------------------------------------------------------------------------------
» FAKS : 09-7917552

SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI JEMPUTAN GRADUAN
DAN KEHADIRAN MAJLIS KONVOKESYEN KALI KETIGA


» Ketua Kursus Teknologi Elektrik
Pn. Rofidah Binti Ismail
» Ketua Kursus Teknologi Elektronik
En. Mohd Saiful Hazam Bin Majid
» Ketua Kursus Teknologi Senibina
Pn. Rohayu Binti Daud
» Ketua Kursus Teknologi Mekanikal
En. Zakhlis Anwar Bin Jalis
» Ketua Kursus Teknologi Awam
Pn. Nurhaslina Binti Ngah
» Setiausaha Majlis Konvoksyen Kali Ketiga
1. Pn. Ros Mariana Binti Mohd Yusoff
2. Pn. Azlina Binti Mohamed
 

SENARAI NAMA PELAJAR YANG TELAH MENJELASKAN YURAN KONVOKESYEN


» Sesi Januari - Jun 2009
» Sesi Julai - Disember 2009

 

ALBUM KONVOKESYEN 2009


» Album Konvokesyen 2009