Koperasi Institut Kemahiran MARA Pasir Mas Berhad telah ditubuhkan pada awal tahun 2000 dan Mesyuarat Agung permulaan telah diadakan pada 9 April 2000. Penubuhan koperasi di institusi ini adalah bertujuan memberi perkhidmatan kepada pelajar sebagai anggota koperasi dan meningkatkan kepentingan ekonomi anggota mengikut prinsip koperasi.
LATAR BELAKANG KOPERASI
Nama Koperasi
:
Koperasi Institut Kemahiran MARA Pasir Mas Berhad
(Daftar di bawah Subseksyen 7 (1) Akta Koperasi 1993 sebagai Koperasi ASAS dengan liabiliti terhad)
Keahlian
:
Ahli ANGKASA (Angkatan Koperasi kebangsaan Malaysia Berhad)