FUNGSI
Dalam Sistem Pembelajaran Latihan Kemahiran MARA, pelatih diberi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kursus yang diceburi. Untuk memantapkan lagi pengetahuan teori dan amali yang telah dipelajari di dalam kampus, Latihan Industri perlu dilaksanakan. Latihan Industri merupakan satu aktiviti pembelajaran di luar kampus di mana pelatih akan dihantar ke syarikat-syarikat yang bersesuaian dengan kursus yang diceburi supaya mereka mendapat pendedahan yang sewajarnya kepada suasana pekerjaan yang sebenar.
Latihan Industri merupakan satu program yang cukup penting dalam meningkatkan pengetahuan dan memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada pelatih secara praktikal selain daripada latihan yang disediakan semasa aktiviti pembelajaran di dalam kampus.
Semua Pelatih KKTM adalah diwajibkan menjalani Latihan Industri dalam tempoh di antara 5 bulan atau 12 bulan bergantung kepada keperluan kursus. Dalam tempoh latihan ini, pelatih akan dihantar ke syarikat awam dan swasta. Ini adalah berdasarkan kepada keperluan JPA dan MQA bagi tujuan pengiktirafan Diploma Teknologi MARA.
Tugas Unit Latihan Industri merangkumi empat aspek utama iaitu :
- Urusan Pentadbiran
- Penempatan Pelajar
- Pemantauan Pelajar
- Penilaian Pelajar
Syarikat-syarikat yang berminat untuk mendapatkan pelajar KKTM Pasir Mas bagi penempatan Latihan Industri boleh menghubungi Unit Latihan Industri KKTM Pasir Mas.
|