Siapa Online

Kami ada 27 tetamu online
Piagam Pelanggan PDF Cetak E-mail

    1. Tempoh pendaftaran bagi setiap pelajar baru tidak melebihi 45 minit dengan syarat semua dokumen lengkap.

    2.  Setiap pelajar akan menerima semua kemudahan yang terdapat di KKTM sebaik sahaja diterima masuk

         menjalani latihan di KKTM Petaling Jaya.

            3. Proses pembayaran elaun tidak melebihi 3 bulan dari tarikh pendaftaran bagi dokumen yang lengkap.

            4.  Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan kepada pelajar dan ibubapa/penjaga 2 minggu selepas Mesyuarat

                 Senat pada setiap semester.

            5.  Salinan surat tunjuk sebab/pertuduhan dan laporan tindakan disiplin akan dimaklumkan kepada ibu bapa,

                 penjaga dan penjamin.

            6.  Pesanan Kerajaan peringkat KKTM Petaling Jaya akan dikeluarkan dalam tempoh masa sebulan selepas

                 sebutharga ditutup.

            7.  Pembayaran diperingkat KKTM Petaling Jaya akan dibuat dalam masa 14 hari selepas borang/perkhidmatan

                 yang diterima diselesaikan dengan sempurna.

            8.  Menyumbang sumber tenaga kerja yang berkualiti, berdisiplin dan berdaya saing.

            9. Menyediakan latihan yang releven dengan keperluan negara.

          10. Setiap pelajar akan mengikuti program pembangunan sahsiah sekurang-kurangnya 2 kali pada

                 setiap semester.

          11. Setiap surat permohonan yang diterima dari pihak luar akan dijawab dalam masa 7 hari dari tarikh

                 terimaan surat berkenaan.